More

    OnePlus Nord N10 5G dan N100 tidak akan terima kemas kini Android utama selepas Android 11

    OnePlus telah meluaskan siri telefon pintar OnePlus Nord dengan pelancaran Nord N10 5G dan Nord N100 pada bulan lalu. Dua telefon tersebut akan dipasarkan bersama sistem operasi OxygenOS 10.5 berdasarkan Android 10, namun ia layak untuk mendapat kemas kini Android 11 dalam masa terdekat.

    Walau bagaimanapun, pengguna OnePlus Nord N10 5G dan N100 tidak akan menerima kemas kini utama selepas Android 11. Ini bermaksud kedua-dua telefon tidak layak untuk menerima Android 12 dan seterusnya pada masa akan datang namun masih layak untuk menerima kemas kini keselamatan selama dua tahun. Perkara ini disahkan oleh wakil OnePlus kepada Android Central.

    Biasanya, telefon pintar Android layak menerima sekurang-kurangnya dua kemas kini utama Android dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun. Langkah OnePlus ini mungkin akan menjejaskan jualan Nord N10 dan N100 kerana para pelanggan tentu ingin memilih telefon kelas pertengahan daripada jenama lain yang menjanjikan kemas kini Android selama beberapa tahun.

    Adakah anda masih berminat dengan OnePlus Nord N10 5G dan Nord N100? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Central

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured