More

    OnePlus Nord rasmi dijual di Malaysia mungkin pada Ogos ini

    Mungkin ada peminat OnePlus yang sememangnya tertunggu-tunggu kemunculan OnePlus Nord di Malaysia. Kami membawakan berita gembira kepada anda, ianya mungkin akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos ini.

    Maklumat ini adalah daripada OnePlus Nord sendiri yang memuat naik siaran gambar di Instagram. Gambar yang memaparkan kod Morse ini menterjemahkan perkataan ‘August’. Dengan ini, pastinya OnePlus Nord Malaysia tidak lain tidak bukan mengacah kehadiran peranti pertengahan pertama mereka di Malaysia.

    Sepintas lalu, OnePlus Nord telah dilancarkan secara global dengan penawaran pelbagai spesifikasi menarik seperti cipset Snapdragon 765G, skrin AMOLED 90Hz dan kamera quad Sony IMX586 48MP. Anda boleh membaca berita lepas mengenai OnePlus Nord di pautan ini.

    Apa pun, nantikan berita rasmi mengenai tarikh pelancarannya yang bakal diumumkan oleh OnePlus Nord Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Instagram OnePlus Nord Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured