More

    OnePlus Nord yang dikuasai Dimensity 1200 mungkin dilancar bulan hadapan!

    OnePlus dikhabarkan akan melancarkan sebuah telefon premium dalam masa terdekat. Terdapat khabar angin yang menyatakan peranti tersebut akan dilancarkan pada pertengahan bulan Jun dengan nama OnePlus Nord 2 atau OnePlus Nord CE 5G.

    Peranti Nord terbaru ini dikhabarkan akan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 1200 dan dilengkapi kadar segar semula yang tinggi (mungkin setinggi 120Hz).

    Sehingga kini, OnePlus belum lagi menunjukkan rancangan pelancaran telefon pintar mereka untuk tahun ini. Namun begitu, khabar angin mengenai OnePlus Nord 2 telah pun muncul sejak awal tahun lagi. Kemudiannya, khabar angin mengenai nama baru OnePlus Nord CE pula muncul.

    OnePlus Nord generasi pertama telah dilancarkan pada bulan Julai tahun lalu dengan cipset Snapdragon 765G, skrin AMOLED 90HZ, kamera kuad 48MP, bateri 4,115mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured