More

    OnePlus Open dilancar: SD 8 Gen 2, dwi paparan LTPO dan tiga kamera, berharga ~RM8,120

    Selepas berbulan-bulan mengacah, OnePlus Open akhirnya membuat penampilan sulung pada hari yang sama apabila telefon lipat terbaharu OPPO rasmi secara global. Ia masuk akal memandangkan telefon itu boleh dikatakan telefon yang sama dengan penjenamaan berbeza.

    OnePlus Open tampil dengan skrin luar 6.31 inci dan skrin dalaman 7.82 inci. Kedua-dua paparan menggunakan panel LTPO AMOLED dengan kecerahan puncak 2,800 nits dan kadar penyegaran 120Hz tetapi perbezaannya ialah paparan utama boleh turun sehingga 1Hz manakala skrin kedua hanya boleh sehingga 10Hz.

    Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM 16GB dan memori dalaman 512GB, bateri berkapisiti 4,805mAh dengan sokongan pengecasan 67W. Bahagian belakang memuatkan kamera utama 48MP dengan sensor CMOS “Pixel Stacked” Sony LYT-T808, ultra-lebar 48MP dan telefoto 64MP dengan zum optik 3x semuanya dengan OIS.

    OnePlus Open dijual pada harga AS$1,699.99 (~RM8,120) dan didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan hijau zamrud. Setakat ini, belum ada maklumat rasmi daripada OnePlus tentang ketersediannya dalam pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured