More

    OnePlus Open mungkin sekadar OPPO Find N2 yang dijenamakan semula

    Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan bahawa OnePlus bakal melancarkan telefon lipatnya yang pertama dan akan dinamakan sebagai OnePlus Open. Setakat ini syarikat itu masih belum mengesahkan sebarang maklumat mengenai nama peranti, namun kini khabar angin yang terbaru adalah tentang reka bentuknya.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Max Jambor, OnePlus Open bakal mempunyai reka bentuk yang sama dengan telefon lipat OPPO Find N2. Memandangkan OnePlus adalah sebuah syarikat teknologi yang dimiliki oleh OPPO, tidak aneh jika OnePlus memilih untuk berbuat demikian.

    Buat mereka yang tidak mengetahui, OPPO Find N2 adalah telefon lipat andalan oleh OPPO yang menampilkan rekaan lebih kompak berbanding telefon lipat lain dalam pasaran, membuatkannya lebih mudah untuk dipegang.

    Selain daripada itu, Jambor berkata OnePlus Open akan menampilkan sensor kamera utama yang besar dan lensa zum periskop, namun beliau tidak mengesahkan spesifikasi serta jumlah megapiksel kameranya. Tarikh pelancaran yang dijangka untuk peranti ini ialah 29 Ogos 2023 serta akan dilancar dalam warna hitam dan hijau.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat OnePlus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured