More

    OnePlus Pad dilancar: Tablet dengan skrin 11.6 inci, bateri 9,510mAh, cas pantas 67W

    Seperti kebanyakan syarikat teknologi China yang lain, OnePlus telah melancarkan tabletnya yang pertama iaitu OnePlus Pad. Tablet ini menampilkan saiz skrin yang agak besar dengan nisbah aspek yang lebih unik berbanding tablet lain.

    Skrinnya berukuran 11.6 inci dengan panel IPS LCD, resolusi 2800×2000, nisbah aspek 7:5, kadar segar semula sehingga 144Hz, kecerahan sehingga 500 nits, nisbah kontras 1,400:1 dan nisbah skrin-ke-badan setinggi 88.14%.

    Walaupun spesifikasi skrinnya tidak begitu menonjol, saiz yang besar dan kadar segar semula yang tinggi akan memudahkan pengguna melakukan pelbagai tugas serentak.

    Tablet ini mempunyai warna hijau Halo Green dan ukiran corak Star Orbit di belakangnya. Bonggol kameranya berbentuk bulat di tengah-tengah dan sangat unik berbanding tablet lain.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9000, RAM 8GB, storan UFS3.1 berkapasiti 128GB, bateri besar 9,510mAh yang boleh bertahan sehingga 14 jam dan pengecasan pantas SuperVOOC 67W yang boleh mengecas penuh baterinya sepantas 80 minit.

    OnePlus mengatakan tablet ini menawarkan hubungan mudah dengan telefon pintar OnePlus, di mana kedua-dua peranti boleh memindahkan fail secara wayarles dan menggunakan sambungan internet daripada telefon. Aksesori yang ditawarkan termasuklah papan kekunci magnetik, sarung folio dan stilus OnePlus Stylo.

    Setakat ini, OnePlus masih belum menyatakan harga OnePlus Pad. Pra-tempahan akan dibuka di Amerika Utara, Eropah dan India pada bulan April, manakala untuk Malaysia pula masih tiada maklumat mengenainya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Pad dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured