More

    OnePlus paparkan gambar-gambar rasmi untuk Buds Pro 2 dan OnePlus Pad

    OnePlus bakal menganjurkan acara pelancaran besar pada 7 Februari 2023, di mana mereka akan melancarkan banyak produk seperti telefon pintar OnePlus 11 5G, fon telinga wayarles OnePlus Buds Pro 2 dan tablet OnePlus Pad.

    Kita sudah pun mengetahui reka bentuk OnePlus 11 5G dan Buds Pro 2, namun rekaan tablet pertama oleh OnePlus itu masih lagi menjadi misteri. Kini, OnePlus telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan tablet tersebut secara ringkas.

    Gambar tersebut tidak menunjukkan rekaannya secara menyeluruh, namun kita boleh nampak ia bakal mempunyai satu kamera utama di belakang, serta logo OnePlus di tengah-tengahnya. OnePlus turut berkata tablet itu akan mempunyai aloi aluminium yang dibina secara CNC dan digabungkan dengan besi Star Orbit. Warnanya pula digelar sebagai hijau Halo Green.

    OnePlus Buds Pro 2 juga akan mempunyai warna hijau yang serupa, dan ia mempunyai permukaan yang dibuat daripada gabungan plastik dan besi yang diuat daripada ukiran laser NCL.

    Untuk gambar OnePlus 11 5G pula, anda boleh lihat gambarnya di bawah:

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk baru OnePlus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured