More

    OnePlus sertai industri ‘earphone’ wayarles dengan OnePlus Buds

    Selain melancarkan telefon pintar OnePlus Nord semalam, OnePlus turut mengumumkan aksesori audio terbaru iaitu OnePlus Buds. Earphone wayarles ini menampilkan pengecasan pantas Warp Charge, sama seperti yang terdapat dalam telefon-telefon OnePlus.

    Menurut OnePlus, pengecasan selama sepuluh minit terhadap OnePlus Buds boleh memainkan audio selama sepuluh jam, atau seminit pengecasan untuk operasi selama sejam. Namun perlu diketahui bahawa OnePlus Buds hanya boleh beroperasi selama tujuh jam dengan pengecasan penuh.

    Casing OnePlus Buds pula boleh memanjangkan hayat bateri OnePlus Buds selama 30 jam. Selain itu, ia juga hadir dengan rating kalis air IPX4 dan teknologi Bass Boost serta Dolby Atmos untuk mutu audio yang jelas. Walau bagaimanapun, Dolby Atmos hanya boleh berfungsi dengan telefon OnePlus 7 atau OnePlus 8.

    Kawalan sentuh pada OnePlus Buds juga memudahkan penggunaan dengan menjeda atau menukar lagu, menjawab panggilan dan mengaktifkan pembantu suara. Ia akan dijual bermula 27 Julai pada harga ₹4,990 (~RM285).

    Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aksesori OnePlus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured