More

    OnePlus Watch 2 dijangka akan dilancar di MWC 2024, tampilkan cipset SD W5 Gen 1

    OnePlus sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar andalan terbaharunya, OnePlus 12 secara global. Bagaimanapun, nampaknya OnePlus Watch 2 yang dinanti-nantikan tidak akan didedahkan pada acara yang sama.

    Penganalisi Max Jambor mencadangkan bahawa OnePlus Watch 2 berkemungkinan akan melangkau pelancaran Januari dan membuat kemunculan di Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, Sepanyol yang dijadualkan pada 26 Februari hingga 29 Februari.

    Maklumat yang bocor menunjukkan bahawa OnePlus Watch 2 akan menampilkan paparan AMOLED 1.43 inci dengan resolusi 466 x 466, butang perkakasan di sebelah kanan dan akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon W5 Gen 1. Ia dijangka beroperasi pada OS Wear 4 Google, peningkatan ketara daripada sistem pengendalian tersuai pendahulunya dan menawarkan akses kepada Play Store.

    Walaupun harga yang tepat masih tidak diketahui, ia dijangka lebih tinggi daripada model asal sekitar $159 (~RM751). Dalam pada itu, OnePlus dilaporkan ingin mengembangkan portfolio boleh pakainya dengan OnePlus Watch 2, Nord Watch yang mungkin eksklusif di India dan penjejak kecergasan baharu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured