More

    OpenAI dan Jony Ive cipta peranti AI baharu, bakal dilancar pada 2027

    OpenAI dan Jony Ive (bekas pereka utama Apple) berkongsi bahawa mereka sedang membangunkan satu peranti AI baharu.

    Dalam satu sesi tertutup, Sam Altman dan Ive menjelaskan bahawa mereka sudah mencapai tahap reka bentuk yang mereka panggil “lick test” iaitu tanda bahawa peranti itu kelihatan sangat menarik dan selesa dipandang, sampai orang rasa “nak pegang dan gigit” kerana reka bentuknya begitu natural.

    Altman berkata prototaip awal tidak cukup meyakinkan tetapi versi terkini akhirnya membuat mereka rasa “ini lah dia”. Peranti ini juga direka dengan konsep lebih tenang, ringkas dan tidak mengganggu, berbeza dengan telefon pintar sekarang yang sering penuh notifikasi.

    Ive turut menjelaskan bahawa mereka mahukan peranti yang nampak ringkas tetapi sebenarnya sangat pintar dan mudah digunakan tanpa membuat pengguna rasa serabut. Peranti AI ini dijangka siap dan dilancarkan dalam masa kurang 2 tahun.

    Ia merupakan sebahagian daripada kerjasama besar antara kedua-duanya selepas OpenAI membeli syarikat reka bentuk milik Ive pada nilai sekitar USD 6.5 bilion. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...