More

    OpenAI dan Samsung dilapor berunding untuk integrasikan ChatGPT pada peranti

    Pencipta ChatGPT, OpenAI kini sedang mempertimbangkan untuk membangunkan penyemak imbas web yang akan digabungkan dengan chatbot mereka. Selain itu, OpenAI juga berbincang dengan syarikat seperti Conde Nast, Redfin, Eventbrite dan Priceline untuk memperkasakan ciri carian menurut laporan terbaru.

    Langkah ini berpotensi untuk bersaing dengan Google yang kini mendominasi pasaran penyemak imbas dan carian. OpenAI telah pun memulakan usaha dalam pasaran carian dengan produk mereka yang dikenali sebagai SearchGPT.

    Sementara itu, Google juga telah memperkuat teknologi AI mereka selepas pelancaran ChatGPT pada 2022 dengan memperkenalkan chatbot generatif Gemini. Namun, penguasaan Google dalam pasaran penyemak imbas kini sedang diuji terutama selepas Jabatan Kehakiman AS mencadangkan agar Google menjual penyemak imbas Chrome untuk mengurangkan monopoli mereka.

    OpenAI turut dilaporkan sedang berbincang untuk mengintegrasikan ciri AI mereka pada peranti Samsung yang juga merupakan rakan kongsi utama Google. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured