More

    OpenAI lancar ChatGPT Agent – Ejen AI yang beroperasi secara automatik

    OpenAI secara rasmi telah melancarkan ChatGPT Agent iaitu sebuah ciri baharu yang menjadikan ChatGPT lebih daripada sekadar pembantu perbualan. Ia kini mampu melakukan tugasan secara automatik dan kompleks seolah-olah memiliki “komputer maya” tersendiri. ChatGPT Agent merupakan gabungan dan pengembangan daripada fungsi Operator (navigasi web) dan Deep Research (analisis data) tetapi dengan kemampuan yang lebih mendalam dan bebas.

    Antara keupayaan utama ChatGPT Agent termasuk menyemak e-mel, merancang jadual melalui Google Calendar, mencipta dokumen seperti spreadsheet dan slaid pembentangan, menulis serta menguji kod dan malah membuat tempahan atau pembelian dalam talian semuanya dalam satu antaramuka. Ia turut menyokong integrasi dengan perkhidmatan popular seperti Gmail, GitHub dan sistem fail pengguna.

    Walaupun bersifat autonomi, OpenAI menegaskan pengguna kekal berkuasa penuh terhadap sebarang tindakan penting. ChatGPT Agent akan meminta kebenaran sebelum melakukan tindakan seperti menghantar e-mel atau membeli sesuatu. Mod pengawasan khas turut disediakan untuk tugasan sensitif.

    Buat masa ini, ChatGPT Agent tersedia untuk pengguna berbayar di pelan Plus, Pro dan Team dengan versi untuk Enterprise dan Education dijangka tiba tidak lama lagi. Ia tidak ditawarkan dalam versi percuma. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ChatGPT 1|2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...