More

    OpenAI lancar fungsi beli terus dalam ChatGPT dengan “Instant Checkout”

    OpenAI kini memperkenalkan ciri baharu dalam ChatGPT yang membolehkan pengguna membuat pembelian terus melalui aplikasi tanpa perlu meninggalkan perbualan. Fungsi yang dinamakan Instant Checkout ini menggunakan Agentic Commerce Protocol iaitu sistem terbuka yang dibangunkan untuk membolehkan transaksi lebih pantas, selamat dan mudah diintegrasi oleh penjual.

    Dengan keupayaan ini, pengguna boleh mendapatkan produk atau perkhidmatan hanya melalui perbualan dengan ChatGPT. Contohnya menempah makanan, membeli tiket atau mendapatkan barangan digital tanpa perlu membuka laman web lain.

    OpenAI menjelaskan bahawa protokol dibina secara terbuka bagi memberi peluang lebih ramai pembangun dan perniagaan menggunakannya. Selain memudahkan pembelian, ciri tersebut turut menekankan aspek keselamatan termasuk pengesahan pembayaran dan perlindungan data peribadi.

    Buat masa ini, ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi e-dagang di peringkat global. OpenAI menjadikan ChatGPT bukan sekadar platform perbualan pintar, tetapi juga hab interaksi komersial yang lebih menyeluruh.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OpenAI

     

    Artikel Terkini

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured