More

    OpenAI lancarkan GPT-4o secara percuma, jadikan interaksi manusia-komputer lebih semula jadi

    Pada persidangan OpenAI awal pagi tadi, model besar GPT-4o yang dinaik taraf telah dikeluarkan secara rasmi. “o” dalam GPT-4o bermaksud “omni”. GPT-4o boleh melakukan penaakulan pada audio, penglihatan dan teks dalam masa nyata. Ia juga menyokong pemprosesan lebih daripada 50 bahasa yang berbeza dan telah meningkatkan kelajuan serta kualiti dengan ketara.

    Sebelum ini, purata kelewatan dialog suara GPT-3.5 ialah 2.8 saat dan GPT-4 ialah 5.4 saat. GPT-4o boleh bertindak balas kepada input audio dalam masa 232 milisaat yang menjadikannya serupa dengan perbualan manusia. Prestasi terjemahan masa nyata GPT-4o juga agak baik dan ia boleh melakukan terjemahan segera.

    Menariknya, GPT-4o boleh menerima dan menjana daripada gabungan input teks, audio serta imej menjadikan interaksi manusia-komputer lebih semula jadi. GPT-4o kini boleh digunakan secara percuma tetapi akan ada had pada bilangan pengguna. Selepas pengguna percuma mencapai had, sistem akan beralih semula ke GPT-3.5 secara automatik.

    Selain itu, GPT-4o akan membuka API untuk digunakan oleh pembangun. Ia adalah separuh daripada harga GPT-4-turbo tetapi memiliki prestasi dua kali lebih pantas dan mempunyai had kadar yang 5 kali lebih tinggi. GPT-4o akan dibuka secara beransur-ansur dalam beberapa minggu akan datang.

    Selain itu, OpenAI juga telah melancarkan versi desktop ChatGPT, yang pada masa ini hanya menyokong MacOS, dan versi Windows akan dilancarkan kemudian. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OpenAI

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured