More

    OpenAI: Pengguna mingguan ChatGPT di Malaysia meningkat 330% berbanding tahun lepas

    OpenAI melaporkan peningkatan sebanyak 330% dalam jumlah pengguna mingguan ChatGPT di Malaysia berbanding tahun sebelumnya yang menjadikan Malaysia antara negara dengan pertumbuhan terpantas di Asia Tenggara. Trend ini didorong oleh penggunaan aktif dalam sektor pendidikan terutamanya sebagai alat bantu mengajar dan pembelajaran.

    Secara global, ChatGPT kini mempunyai lebih 500 juta pengguna mingguan dengan lebih 2 juta pelanggan perniagaan berbayar. Di Asia Tenggara, penggunaan mingguan ChatGPT telah meningkat tiga kali ganda sejak OpenAI memulakan operasinya di rantau ini.

    Negara-negara dengan pertumbuhan tertinggi termasuk Vietnam dan Thailand (lebih 700%), diikuti oleh Malaysia dan Indonesia (330%), Singapura (100%) serta Filipina (84%). Lima kegunaan utama ChatGPT di rantau ini adalah untuk:

    • Pembelajaran dan pengajaran
    • Nasihat “cara untuk”
    • Penulisan dan penyuntingan
    • Penulisan fiksyen dan idea kreatif
    • Penterjemahan

    Golongan muda berumur 18 hingga 34 tahun merupakan penyumbang utama kepada peningkatan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured