More

    OpenAI perkenal Group Chats dalam ChatGPT untuk perbincangan lebih mudah

    OpenAI kini telah melancarkan ciri Group Chats dalam ChatGPT yang membolehkan pengguna berkolaborasi bersama rakan dan ChatGPT dalam satu perbualan berkumpulan. Buat masa ini, ia hanya dilancarkankan di beberapa negara termasuk New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

    Ciri ini membolehkan pengguna menjemput 1 hingga 20 ahli melalui pautan jemputan serta menyokong pencarian mesej, muat naik gambar dan fail, dikte suara dan janaan imej. Perbualan dalam kumpulan menggunakan model GPT-5.1 Auto dengan ChatGPT memilih model paling sesuai mengikut pelan pengguna.

    OpenAI menegaskan bahawa apabila ahli baharu ditambah, ChatGPT akan mencipta salinan baharu perbualan bagi mengekalkan privasi chat asal. Selain itu, memori peribadi pengguna tidak akan dibawa masuk ke dalam group. Akaun bawah umur turut menerima perlindungan tambahan.

    Pengguna boleh menamakan semula kumpulan, mengurus ahli, membuang peserta dan mematikan notifikasi. OpenAI masih belum berkongsi tarikh pelancaran global untuk negara lain. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OpenAI

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured