More

    OpenAI rancang ubah ChatGPT menjadi aplikasi super dengan pelbagai fungsi

    OpenAI dilaporkan sedang merancang rombakan besar untuk ChatGPT bagi mengubahnya menjadi sebuah “superapp” yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi. Perubahan tersebut dikatakan akan memberi fokus lebih besar kepada alat pengekodan Codex, selain mengintegrasikan perkhidmatan rakan kongsi seperti Canva dan Booking.com terus ke dalam pengalaman penggunaan ChatGPT.

    Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi OpenAI untuk memperluaskan sumber pendapatan serta mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran AI menjelang potensi penyenaraian saham syarikat pada masa hadapan.

    Selain itu, OpenAI kini memberi penekanan lebih besar kepada pelanggan perusahaan (enterprise) bagi bersaing dengan syarikat AI lain termasuk Anthropic. Menurut laporan tersebut, kira-kira 40% hasil OpenAI kini datang daripada pelanggan perniagaan dan jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 50% menjelang akhir tahun.

    ChatGPT juga dilaporkan mempunyai lebih 900 juta pengguna aktif mingguan serta melepasi 50 juta pelanggan berbayar yang menjadikannya antara platform AI pengguna terbesar di dunia ketika ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...