More

    OpenAI sasar lancar “telefon AI” pada 2027 — Era aplikasi mungkin berakhir?

    OpenAI dilaporkan sedang membangunkan sebuah telefon pintar berasaskan konsep “agentic AI” dengan sasaran pelancaran sekitar 2027 dan berpotensi mengubah landskap penggunaan peranti mudah alih secara menyeluruh. Berbeza dengan telefon pintar konvensional, ia dijangka tidak lagi bergantung kepada ekosistem aplikasi tradisional.

    Sebaliknya, pengguna hanya perlu memberikan arahan dan sistem AI akan melaksanakan tugasan secara automatik merentas pelbagai fungsi. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa OpenAI sedang bekerjasama dengan pengeluar cip seperti MediaTek dan Qualcomm bagi membangunkan cip tersuai yang menggabungkan keupayaan pemprosesan AI secara on-device serta sokongan awan untuk tugasan lebih kompleks.

    Peranti dijangka hadir dengan komponen kelas mercu termasuk memori generasi baharu dan unit pemproses neural (NPU) berganda bagi menyokong operasi AI serentak seperti pemprosesan visual dan bahasa. Ia dilihat selari dengan peralihan industri ke arah AI agent yang bukan sekadar memberi respons, tetapi mampu melaksanakan tugasan secara autonomi.

    Jika direalisasikan, pendekatan ini berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada aplikasi seperti pemesejan, navigasi dan perkhidmatan e-hailing. Namun, kejayaannya masih bergantung kepada tahap penerimaan pengguna serta keupayaan OpenAI membina ekosistem yang stabil dan praktikal.

    Sekiranya berjaya, telefon pintar berasaskan agentic AI berpotensi memberi tekanan besar kepada pemain utama industri termasuk Apple dan Google serta membuka fasa baharu dalam evolusi peranti mudah alih. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...