More

    OpenAI sedang bangunkan pen AI pertama direka oleh Jony Ive

    OpenAI dilaporkan bakal memperkenal produk perkakasan pertama hasil rekaan Jony Ive dengan khabar angin terkini mendakwa peranti tersebut merupakan sebuah pen berasaskan kecerdasan buatan. Penghasilan peranti AI ini susulan pengambilalihan syarikat permulaan milik Jony Ive, io, oleh OpenAI pada Mei lalu melalui urus niaga pertukaran saham bernilai AS$6.5 bilion.

    Walaupun digambarkan sebagai sebuah pen, peranti ini dijangka jauh berbeza daripada alat tulis konvensional dengan laporan terdahulu menyifatkannya sebagai contextually aware untuk memahami konteks penggunaan. Bagaimanapun, fungsi sebenar peranti tersebut masih belum didedahkan secara rasmi dan tiada maklumat mengenai keupayaan atau cara ia digunakan.

    Pen AI ini hanyalah permulaan kepada pelan perkakasan OpenAI dengan syarikat itu turut dilaporkan membangunkan dua lagi produk termasuk sebuah peranti audio mudah alih, namun butiran lanjut mengenainya masih terhad. OpenAI dijangka menghasilkan Pen AI melalui kilang Foxconn di Vietnam, menolak pengeluaran di China walaupun Luxshare pernah terlibat.

    Dan ada juga kemungkinan kecil ia dibuat di Amerika Syarikat. Peranti ini akan menjadi third-core untuk melengkapkan komputer riba dan telefon pintar. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured