More

    OpenAI Sora 2 hadir dengan video lebih realistik dan audio dipertingkat

    Selepas lebih setahun memperkenalkan Sora iaitu model penjanaan video dan audio berasaskan AI, OpenAI kini memperkenalkan naik taraf besar pertamanya dengan Sora 2. Model baharu digambarkan sebagai “GPT 3.5” untuk generasi video dengan peningkatan ketara daripada segi realisme, kawalan pengguna dan kualiti audio.

    Menurut OpenAI, Sora 2 mampu menghasilkan video yang lebih realistik dan tepat daripada segi fizikal yang dapat mengurangkan masalah biasa seperti objek yang berubah bentuk atau logik fizikal yang terpesong ketika melengkapkan sesuatu arahan. Video yang dihasilkan juga boleh mengikut arahan berbilang babak sambil mengekalkan konsistensi merentas adegan.

    Selain itu, output audio turut dipertingkatkan termasuk dialog yang disegerakkan dengan pergerakan bibir serta kesan bunyi yang lebih tepat. Ia juga menyokong pelbagai jenis visual seperti sinematik, realistik dan anime. Bersama pelancaran ini, OpenAI turut memperkenalkan aplikasi iOS Sora yang akan diedarkan melalui sistem jemputan sahaja.

    Buat masa ini, Sora 2 hanya dilancarkan di AS dan Kanada dengan akses awal diberikan secara percuma tetapi dengan had penggunaan. Bagi pelanggan ChatGPT Pro, mereka akan mendapat akses kepada versi Sora 2 Pro dengan kualiti lebih tinggi.

    Untuk aspek keselamatan, OpenAI menyertakan beberapa ciri perlindungan termasuk larangan penggunaan figura awam dalam video dan sistem cameo di mana pengguna boleh memberikan kebenaran kepada orang lain untuk menggunakan rupa mereka dalam video dengan pilihan untuk membatalkannya pada bila-bila masa.

    OpenAI turut mengesahkan bahawa API Sora 2 akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk membuka lebih banyak peluang integrasi kepada pembangun dan industri kreatif. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sora 2

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...