More

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks ringkas untuk pengguna akaun percuma dan pelan Go yang dimulakan pada Februari lalu. Format baharu pula menampilkan imej lebih besar, sama ada dalam bentuk beberapa imej kenit atau imej tunggal mengikut lebar skrin.

    Pelancarannya akan dimulakan dengan tempoh ujian di mana iklan visual hanya akan dipaparkan apabila pengguna menjanakan imej menggunakan ChatGPT. Mereka mengesahkan bahawa iklan visual ini akan diletakkan secara berasingan daripada imej yang dijana oleh AI dan dilabel secara jelas sebagai iklan.

    OpenAI turut menegaskan bahawa kewujudan iklan ini tidak akan mempengaruhi jawapan atau maklum balas yang diberikan oleh AI. Terdapat penetapkan kawalan khas bagi menghalang iklan daripada dipaparkan dalam perbualan yang melibatkan konteks sensitif, emosi berlebihan atau situasi tidak sesuai.

    Pemantauan berterusan dijalankan menggunakan gabungan sistem automatik dan pengawasan manusia bagi memastikan sistem kawalan ini berfungsi dengan berkesan. OpenAI mengintegrasikan penyelesaian iklan dengan rangkaian pengiklanan tradisional serta menyediakan alatan baharu bagi membantu pengiklan mengukur impak kempen mereka.

    Penambahan format ini diteruskan tatkala OpenAI merekodkan 1.2 bilion pengguna mingguan dan menyasarkan paparan iklan terutamanya kepada pengguna pelan percuma dan Go. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OpenAI

     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured