More

    Opensignal: Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Yes merupakan penyedia 5G bertaraf global

    Firma telekomunikasi antarabangsa Opensignal telah menerbitkan 5G Global Mobile Network Experience Awards 2024 iaitu sebuah laporan yang menilai kualiti perkhidmatan rangkaian 5G oleh syarikat penyedia telekomunikasi di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

    Jika dilihat pada syarikat telekomunikasi tempatan seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Yes, mereka semua diiktiraf sebagai salah satu calon 5G Global Leaders untuk kategori keberadaan 5G (5G Availability). Kategori ini dinilai dengan jumlah waktu 5G digunakan oleh para pengguna Opensignal 5G.

    Digi juga diiktiraf sebagai 5G Global Rising Star untuk kategori tersebut, di mana mereka menyaksikan peningkatan kualiti keberadaan 5G sebanyak 69.2% dalam tempoh suku pertama 2023 hingga suku pertama 2024.

    U Mobile pula merupakan pemenang 5G Global Winner untuk kategori 5G Games Experience, dengan markah 90.4 mata dalam skala 100 markah. Empat lagi syarikat telekomunikasi Malaysia iaitu Celcom, Maxis, Unifi, Digi dan Yes sekadar diiktiraf sebagai 5G Global Leaders untuk kategori 5G Games Experience.

    Untuk kategori 5G Video Experience, Unifi merupakan salah satu pemenang. Kategori ini mengukur kualiti tontonan video menggunakan rangkaian 5G, dan Unifi merupakan salah satu pemenang bersama lain-lain syarikat dari Finland, Jepun, Sweden, Romania, Kanada dan Norway.

    Opensignal juga mengiktiraf Digi, Maxis dan Unifi sebagai 5G Global Leaders dalam kategori 5G Download Speed, serta Digi dan U Mobile dalam kategori 5G Voice App Experience.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Opensignal

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured