More

    Opera Air diperkenal sebagai pelayar web yang lebih sihat dan santai

    Opera kini memperkenalkan pelayar baharu, Opera Air, yang direka khas untuk pengguna yang ingin pengalaman melayari internet dengan lebih tenang dan sihat. Pelayar ini menampilkan pelbagai ciri yang memberi penekanan kepada kesedaran minda, relaksasi dan senaman ringan.

    Salah satu ciri utama dalam Opera Air ialah Take a Break yang menawarkan empat mod berbeza. Mod pertama ialah latihan pernafasan yang membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan tekanan darah. Mod kedua pula membimbing pengguna melakukan senaman leher yang mudah untuk memperbaiki postur badan.

    Mod ketiga adalah sesi meditasi yang bertujuan meningkatkan fokus, kesedaran dan kesejahteraan mental. Akhir sekali, mod keempat dikenali sebagai Full Body Scans iaitu bentuk meditasi di mana pengguna memberi tumpuan kepada bahagian tubuh tertentu untuk meningkatkan kesedaran terhadap keadaan fizikal mereka.

    Ciri Take a Break boleh diakses secara manual dengan pintasan papan kekunci Ctrl+K atau Cmd+K. Ia juga boleh diaktifkan secara automatik berdasarkan pemasa yang ditetapkan oleh pengguna. Setiap latihan mengambil masa berbeza dari 3-6 minit untuk latihan pernafasan sehingga 7-15 minit untuk meditasi Full Body Scans.

    Menariknya, semua panduan latihan disampaikan melalui rakaman suara manusia sebenar, bukan suara AI. Selain itu, Opera Air juga hadir dengan ciri Boosts yang menggunakan teknologi Binaural Beats. Pengguna boleh menggabungkan bunyi binaural, muzik latar dan bunyi ambien serta menyesuaikan tahap kelantangan setiap komponen mengikut keselesaan.

    Opera Air kini boleh dimuat turun dan anda boleh mencubanya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Opera

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured