More

    Opera memperkenalkan Opera One, pelayar yang direka bentuk semula sepenuhnya

    Opera hari ini memperkenalkan pelayar baharu iaitu Opera One. Opera One membawa beberapa perubahan termasuk UI yang dikemas kini, penyepaduan dengan chatbot AI dan ciri pengurusan tab. Opera One mempunyai reka bentuk yang dikemas kini dengan menampilkan bentuk yang lebih bulat untuk elemen UI seperti tab, bar alamat dan bar sisi.

    Opera mendakwa bahawa Opera One ialah pelayar berasaskan Chromium utama pertama yang melaksanakan penggubah berbilang benang (multithreaded compositor). Ini meningkatkan prestasi untuk animasi UI pada pelayar baharu. Terdapat juga ciri baharu iaitu Pulau Tab yang membolehkan pengguna membuat kumpulan tab.

    Kumpulan ini boleh dibuka atau dipadam untuk menjimatkan ruang dan untuk mengkategorikan tapak laman web anda. Pulau Tab boleh ditetapkan untuk membuat kumpulan automatik pada bila-bila masa anda membuka pautan daripada tapak semasa dalam tab baharu atau boleh dibuat secara manual dengan menyeret tab ke sekeliling.

    Kumpulan tab boleh disimpan atau ditutup bersama. Opera juga telah menyepadukan ChatGPT dan ChatSonic dalam ciri bar sisinya yang membolehkan anda membuka kedua-dua perkhidmatan tersebut dalam tetingkap kecil. Terdapat juga ciri AI Prompts bersepadu yang menyediakan cadangan untuk memendekkan artikel dan pelbagai lagi.

    Opera One pada masa ini tersedia dalam versi ‘akses awal’ dan akan menggantikan Opera standard untuk Windows, macOS dan Linux. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Opera

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured