More

    OPPO A11k diumumkan, bateri 4230mAh dan dwi-kamera berharga ~RM505 di India

    Jika anda meminati OPPO A12, anda mungkin gembira dengan berita ini. OPPO telah mengumumkan peranti baharu yang seakan sama, OPPO A11k dengan harga yang lebih mesra poket di India. Namun, semestinya ia hadir dengan RAM dan storan yang lebih kecil.

    OPPO A11k dijana cipset MediaTek Helio P35 dengan GPU PowerVR GE8320. Ia hadir dengan RAM 2GB dan ROM 32GB yang boleh ditambah sehingga 256GB. Sebagai tambahan, ia juga memiliki skrin IPS LCD 6.22 inci dengan resolusi 720 x 1520 piksel. Ia dikuasakan bateri 4320mAh tanpa sebarang pengecasan pantas diumumkan.

    Dari aspek kamera, terdapat tetapan dwi-kamera yang dihuni lensa utama 13MP dan 2MP. Kamera selfie pula dihuni lensa 5MP. OPPO A11k dioperasikan Android 9 bersama ColorOS 6.1 (mungkin akan mendapat kemas kini di masa akan datang).

    OPPO A11k dijual dengan harga 8,990 INR (~RM550) di India dengan pilihan warna Kelabu dan Biru. Kelihatannya, OPPO A11k bersaing dengan realme C3 dan Redmi 8 di pasaran teknologi.

    Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured