More

    OPPO A15 dilancar di Malaysia: Skrin 6.52 inci, tiga kamera, Helio P35 bermula RM499

    OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon kelas permulaan yang terbaru iaitu OPPO A15. Dengan harga RM499, telefon ini menawarkan fungsi asas yang mantap seperti skrin 6.52 inci, tiga kamera dan bateri 4,230mAh.

    OPPO A15 dilengkapi dengan cipset MediaTek Helio P35, RAM 3GB dan storan dalaman 32GB yang boleh dibesarkan sehingga 256GB. Skrinnya pula beresolusi HD+ (1600×720) dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 89%. Pengimbas cap jarinya pula berada di bahagian belakang.

    Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala kamera swafoto pula adalah kamera 8MP. Ia menampilkan pelbagai mod seperti Portrait Bokeh, Dazzle Colour, AI Beautification dan banyak lagi.

    OPPO A15 akan mula dijual pada 10 Disember dengan dua pilihan warna iaitu putih Fancy White dan hitam Dynamic Black. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured