More

    OPPO A16K dilancar di Malaysia: Dilengkapi MTK Helio G35 dan bateri 4230mAh berharga RM549

    Jika anda terlepas peluang membeli telefon mesra bajet semasa 11.11, OPPO Malaysia ada sesuatu untuk anda. OPPO Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar baharu iaitu OPPO A16K berharga RM549. Ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

    Daripada segi spesifikasi, OPPO A16K menampilkan cipset MediaTek Helio G35 dan disertakan dengan teknologi Penggalak Sistem (System Booster) yang membantu mengoptimumkan aplikasi. Selain itu, ia dilengkapi RAM 3GB, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 4230mAh dengan teknologi Pengecasan Malam Dioptimumkan (Optimised Night Charging).

    Spesifikasi lain telefon ini ialah paparan 6.52 inci dengan resolusi HD+. Walaupun OPPO A16K merupakan peranti peringkat permulaan, ia juga mempunyai teknologi Penjagaan Mata Sepanjang Hari (All-Day Eye Care) yang terdiri daripada Paparan Cahaya Matahari (Sunlight Display), Paparan Cahaya Bulan (Moonlight Display) dan lampu latar pintar AI untuk pengalaman membaca yang lebih baik sepanjang hari.

    Ciri ketara lain termasuklah rating IPX4, heatsink kepingan grafit, kamera belakang 13MP dengan beberapa ciri kamera dan perisian ColorOS 11.1 baharu. Anda boleh membelinya di setiap My OPPO Space, kedai OPPO, kedai rasmi dalam talian OPPO, peniaga sah OPPO dan kedai sah dalam talian OPPO dan rakan kongsi seperti Shopee dan Lazada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A16K dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured