More

    OPPO A16s dilancar: Dilengkapi bateri 5,000mAh, cipset Helio G35, berharga ~RM745

    Terkini, OPPO secara senyap telah melancarkan telefon kelas permulaan OPPO A16s di Netherland. Peranti ini adalah generasi baru yang menggantikan telefon OPPO A16 dan ia hadir dengan sokongan NFC, tiga kamera belakang dan lebih lagi.

    OPPO A16s ini hadir dengan satu varian sahaja iaitu RAM 4GB dan storan 64GB. Ia dijual dengan pilihan warna Crystal Black (hitam) dan Pearl Blue (biru) pada harga 149 Euros (~RM745).

    Telefon ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan OPPO A16 cuma ia hadir dengan sokongan NFC. Skrinnya bersaiz 6.52 inci LCD HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Selain itu, ia juga hadir dengan kamera swafoto 8MP dan tiga kamera pada bahagian belakang (13MP + 2MP + 2MP).

    Untuk cipset, ia menggunakan cipset MediaTek Helio G35 bersama RAM 4GB. Telefon ini juga mempunyai slot microSD, sokongan SIM berdua dan bateri 5,000mAh. Terdapat juga sensor cap jari di sisi kanan telefon. Ia juga beroperasi menggunakan antara muka ColorOS 11.1 atas Android 11.

    Adakah anda berminat dengan peranti ni? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured