More

    OPPO A3 Pro dilancar di Malaysia: Dimensity 6300 5G, skrin 120Hz dan RAM16GB berharga RM1,099

    OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO A3 Pro, sebuah telefon pintar siri A yang direka dengan ketahanan dan daya tahan dalam reka bentuk yang menawan dan premium.

    Ia turut menampilkan paparan ultra cerah 120Hz, AI LinkBoost, AI Eraser, bateri Hyper Energy 5,100mAh dengan jangka hayat lebih empat tahun yang menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 45W. Dengan kecerahan maksimum 1,000 nits di bawah cahaya matahari, kecerahan 850 nits dan kadar penyegaran hingga 120Hz, skrin 6.67 inci ini menawarkan pengalaman tontonan yang jelas dan lancar,

    Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6300 6nm 5G, menawarkan lebih kuasa dan kemampuan 5G dengan penggunaan tenaga rendah. Ia juga dilengkapi dengan RAM 8GB dengan RAM Expansion 8GB dan storan 256GB. Dengan ciri-ciri ini dan Trinity Engine dari OPPO, A3 Pro telah lulus ujian Perlindungan Kelancaran 50-Bulan, menjamin penggunaan harian yang lancar selama sekurang-kurangnya empat tahun.

    OPPO A3 Pro mempunyai badan Armour Damage-Proof 360° yang diperkuat dengan struktur dalaman dan bahan tahan jatuh seperti Panda Glass yang dua kali ganda lebih kukuh untuk perlindungan skrin. Telefon ini juga dilengkapi dengan sarung pelindung Anti-Drop Shield yang meningkatkan perlindungan sebanyak 200% dalam ujian putaran.

    Telefon ini menampilkan reka bentuk mewah dengan ketebalan hanya 7.68mm dan berat sekitar 186g. Fungsi Splash Touch membolehkan penggunaan telefon dengan tangan basah, dan penarafan IP54 memastikan telefon tahan terhadap percikan air dan debu. Tambahan pula, teknologi AI LinkBoost dan AI Eraser memperbaiki pengalaman pengguna, menjadikan OPPO A3 Pro pilihan ideal untuk hiburan dan penggunaan harian yang lancar dan menyeronokkan.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas OPPO A3 Pro:

    • Cipset MediaTek Dimensity 6300 6nm 5G
    • RAM 8GB dengan RAM Expansion 8GB dan storan 256GB
    • Paparan ultra cerah 120Hz 6.67 inci
    • Bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W
    • Penarafan IP54
    • Warna: Moonlight Purple dan Starry Black

    OPPO A3 Pro tersedia dalam warna Moonlight Purple dan Starry Black dengan harga runcit RM1,099. Pembeli yang mendapatkan telefon pintar ini sehingga 31 Julai 2024 melalui mana-mana saluran akan menerima jaminan perlindungan skrin selama 180 hari secara percuma (bernilai RM209). OPPO A3 Pro boleh dibeli di semua My OPPO Space, OPPO Brand Store, pengedar sah, OPPO Official Online Store dan OPPO Authorised Online Store (Shopee, Lazada dan TikTok Shop).

    Ketahui lebih lanjut mengenai OPPO A3 Pro di laman web rasmi OPPO Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...