More

    OPPO A52 dilancarkan, dilengkapi 4 kamera & bateri 5,000mAh berharga ~RM993

    OPPO telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru di China, OPPO A52. Ia dilengkapi empat kamera, cipset Snapdragon 665 dan beteri besar 5,000mAh yang mempunyai pengecasan 18W.

    Ia mempunyai skrin berukuran 6.5 inci dengan resolusi FHD+, nisbah aspek 20:9 dan lubang punch-hole di bahagian atas kiri untuk kamera selfie 8MP. Ia juga dilengkapi dua pembesar suara dan pengimbas cap jari yang berada di bahagian sisi telefon.

    Di bahagian belakang, empat kameranya disusun dalam bentuk L dan terdiri daripada kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Daripada segi memori, ia mempunyai RAM 8GB dan storan 128GB.

    OPPO A52 dioperasi oleh antara muka (UI) ColorOS 7.1 berdasarkan Android 10. Ia akan mula dijual untuk pasaran China pada harga CN¥1,599 (~RM993) namun masih tiada harga rasmi untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki OPPO A52 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...