More

    OPPO A53 kini tersedia di Malaysia: Snapdragon 460, skrin 90Hz, 5000mAh berharga RM699

    Terkini, peranti kelas mampu milik OPPO terbaru, OPPO A53 hadir di Malaysia dan tersedia untuk dibeli. Dengan penawaran beberapa spesifikasi menarik seperti skrin 90Hz, peranti ini boleh didapatkan dengan harga hanya RM699.

    Selain spesifikasi skrin 90Hz Neo Display, OPPO A53 turut hadir dengan bateri berkapasiti besar 5000mAh, pengecasan pantas 18W dan janaan cipset Snapdragon 460 (cipset kelas permulaan yang diperkenalkan pada awal tahun ini). Anda boleh semak spesifikasi asas OPPO A53 seperti di bawah.

    • Cipset Snapdragon 460
    • RAM 4GB + storan 64GB
    • Paparan IPS LCD 6.5 inci HD+ beresolusi 1600×720 piksel
    • Skrin 90Hz Neo Display
    • Slot mikroSD
    • Kamera utama 13MP + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman)
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5000mAh
    • Sokongan cas pantas 18W
    • Sokongan VoLTE, WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, GPS, USB-C, bicu audio 3.5mm
    • ColorOS 7.2 berasaskan Android 10

    OPPO A53 bakal tersedia dijual di OPPO Brand Stores, OPPO Official Online Store, OPPO Official Dealer Stores dan laman e-dagang rasmi Lazada dan Shopee.

    Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured