More

    OPPO A56 5G dilancar, miliki Dimensity 700, skrin 6.5″ dan bateri 5,000mAh berharga ~RM1,040

    OPPO telah mencuri perhatian dengan berita tentang siri OPPO Reno7 yang akan datang. Walau bagaimanapun, OPPO dalam masa yang sama juga telah melancarkan sebuah telefon pintar siri A yang mana ia merupakan telefon kelas pertengahan.

    Hari ini, syarikatnya telah memperkenalkan OPPO A56 5G iaitu model gantian untuk OPPO A55 5G dan spesifikasi antara kedua-duanya hampir sama dengan kamera menjadi perbezaan utama. Varian baharu telefon ini turut hadir dengan jalur warna baharu.

    Spesifikasi OPPO A56 5G dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 700 dan mempunyai dua teras ARM Cortex-A76 sehingga 2.2 GHz dan enam teras ARM Cortex-A55 2.0 GHz. Cipset ini dilengkapi dengan GPU Mali-G57 MC2. Selain itu, ia hadir dengan RAM 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB serta slot mikroSD

    OPPO A56 5G menampilkan LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz. Terdapat reka bentuk takuk titisan air (waterdrop) menempatkan kamera swafoto 8MP. Bahagian belakangnya mempunyai dua buah kamera iaitu kamera utama 13MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Seterusnya, ia mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 10W dan paparan antara muka ColorOS 11.1 beroperasi atas Android 11. Ciri tambahan lain termasuk pengimbas cap jari yang dipasang pada bahagian tepi dan bicu audio 3.5 mm.

    OPPO A56 5G berharga CNY 1,599 (~RM1,040) di China dan sedia untuk tempahan. Harga antarabangsa dan ketersediaan telefon bimbit itu masih belum didedahkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured