More

    OPPO A57 4G dilancar: Helio G35, skrin 6.56″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM705

    OPPO A57 4G telah diumumkan baru-baru ini. Telefon ini berbeza daripada OPPO A57 5G yang diumumkan bulan lepas di China kerana ianya hanya dilengkapi dengan 4G LTE. Ia adalah telefon bajet rendah yang menampilkan paparan HD+, kamera dwi 13MP dan bateri 5,000mAh. Berikut ialah semua maklumat mengenai spesifikasi, ciri dan harga OPPO A57 4G.

    OPPO A57 4G memaparkan paparan takuk titisan air (waterdrop) yang berukuran 6.56 inci. Panel LCD menghasilkan resolusi HD+ Penuh 720 x 1612 piksel. Ia dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti pengimbas muka untuk membuka kunci dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi. OPPO A57 4G dilengkapi cipset MediaTek Helio G35, RAM 3GB dan storan 64GB.

    Ia didatangkan dengan OS Android 12 dan ColorOS 12.1. Untuk mengembangkan storan, terdapat slot kad mikroSD. OPPO A57 4G mempunyai bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Ia mempunyai kamera swafoto 8MP manakala belakangnya mempunyai kamera utama 13MP, sensor kedalaman 2MP dan denyar LED.

    Peranti ini menawarkan ciri sambungan seperti dwi 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth 5.0, GPS, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Ia berukuran 163.74 x 75.03 x 7.99mm dan berat sekitar 187 gram. OPPO A57 4G berharga THB 5,499 (~RM705) dan tersedia dalam dua warna iaitu Glowing Green dan Glowing Black.

    Buat masa ini, kami tidak pasti bahawa OPPO A57 4G bakal tersedia untuk pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured