More

    OPPO A58 4G dilancarkan: Helio G85, kamera 50MP dan SUPERVOOC 33W berharga ~RM753

    Tahun lepas, OPPO memperkenalkan OPPO A58x 5G dengan spesifikasi untuk segmen pertengahan dan harga yang berpatutan. Bagi sesetengah pengguna, 5G bukanlah satu perkara yang penting, oleh itu telefon pintar 4G sudah memadai. Oleh hal yang demikian, OPPO telah memperkenalkan varian baharu iaitu OPPO A58 4G.

    Ia hadir dalam pilihan warna Dazzling Green dan Glowing Black. Reka bentuk OPPO A58 4G hampir serupa dengan varian 5G. Terdapat beberapa perubahan seperti lubang tebuk kamera dan paparan yang lebih besar. Varian 4G menampilkan panel FHD+ 6.72 inci dengan resolusi 2,400 x 1,080 piksel, nisbah bidang 20:9, kadar penyegaran 90Hz dan pensampelan sentuhan 180Hz. 

    Peranti ini mempunyai liputan 100% DCI-P3 dan sRGB. Kecerahan puncak pula mencapai sehingga 680 nits. OPPO A58 4G menampilkan MediaTek Helio G85, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Telefon ini mempunyai kamera swafoto 8MP manakala pada bahagian belakang terdapat dwi-kamera 50MP dengan lensa f/1.8 dan 75.5 darjah Medan Pandangan serta kamera kedalaman 2MP. 

    OPPO A58 4G mengekalkan bateri 5,000mAh daripada varian 5G dengan pengecasan SuperVOOC 33W. Telefon ini juga mempunyai slot kad microSD, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari pada sisi telefon. Ia diberi penarafan IPX4 untuk ketahanan terhadap percikan air.

    OPPO A58 4G dijual dengan harga IDR 2,500,00 (~RM753) dan ketersediaannya dalam pasaran Malaysia bakal diketahui kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...