More

    OPPO A58x 5G dilancar: Cipset Dimensity 700, skrin 90Hz, bateri 5,000mAh bermula ~RM760

    OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaharu di China iaitu OPPO A58x 5G. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang memadai untuk telefon bajet, iaitu cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 6GB atau 8GB dan storan dalaman UFS 2.2 128GB.

    Skrinnya berukuran 6.56 inci dengan panel LCD, resolusi HD+ (1612×720), kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia turut dibina dengan perlindungan kaca Panda Glass.

    Seperti kebanyakan telefon OPPO pada waktu ini, OPPO A58x 5G mempunyai fungsi RAM yang boleh dibesarkan secara maya sehingga 5GB, selagi storannya masih mempunyai ruang yang mencukupi. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan 10W.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera potret 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Spesifikasi lain termasuklah port USB-C, sokongan 5G, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan ruang kad microSD + dwi-SIM.

    Telefon ini ditawarkan dalam warna ungu Breeze Purple, biru Tranquil Blue dan hitam Star Black. OPPO A58x akan dijual di China pada harga CNY1,200 (~RM760) untuk varian 6GB+128GB, manakala harga untuk varian 8GB+128GB masih belum diumumkan.

    Setakat ini masih tidak diketahui jika telefon ini akan dilancar di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured