More

    OPPO A60 dilancar di Malaysia: Snapdragon 680, RAM 8GB dan kamera 50MP bermula RM699

    OPPO Malaysia memperkenalkan tambahan baharu kepada telefon pintar siri A iaitu OPPO A60 yang menawarkan reka bentuk premium dan tahan lama yang diperakui dengan Rintangan Kejutan Gred Tentera Amerika Syarikat (AS). Dilengkapi dengan paparan ultra cerah 950 nits dengan ciri Splash Touch, A60 memastikan kejelasan visual yang dipertingkatkan dan operasi yang lancar dalam pelbagai persekitaran.

    Dengan storan yang lebih besar, bateri 5,000mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 45W, A60 menjanjikan prestasi lancar untuk tugasan dan hiburan harian. Ia menampilkan reka bentuk yang bergaya, praktikal dan tahan lama sambil menawarkan cengkaman yang selesa dengan bingkai ringkas dan kemasan warna yang bergaya dalam Ripple Blue dan Midnight Purple.

    Diuji berdasarkan piawaian yang ketat termasuk pensijilan Ketahanan Kejutan Gred Tentera AS, A60 membuktikan kebolehpercayaan dan ketahanannya, menjadikannya pilihan yang menonjol untuk pengguna yang mencari gaya dan daya tahan. Dengan cipset Snapdragon 680, pilihan RAM dan storan yang mencukupi serta Enjin Trinity ColorOS 14, A60 memastikan prestasi lancar dan kestabilan untuk tahun-tahun akan datang.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas OPPO A60 yang anda perlu tahu:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 680
    • RAM 8GB dan ROM sehingga 256GB
    • Skrin LCD HD+ 6.67 inci, kadar penyegaran semula 90Hz, kadar pensampelan sentuh sehingga 240Hz
    • Nisbah skrin ke badan 89.9% dan kecerahan 950 nits
    • Kamera belakang: Kamera utama 50MP dan kamera kedua 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 45W
    • Spesifikasi lain: Bluetooth 5.0, USB-C, bicu audio 3.5mm dan sistem operasi ColorOS 14.0.1
    • Warna: Ripple Blue dan Midnight Purple

    Pelanggan boleh membeli OPPO A60 dengan RAM 8GB dan storan 128GB pada harga RM699 manakala RAM 8GB dan storan 256GB ditawarkan pada harga RM799. Telefon ini boleh didapati di My OPPO Space, kedai rasmi OPPO, pengedar berlesen, laman web rasmi rasmi OPPO dan kedai dalam talian rasmi OPPO seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Ketahui lebih lanjut mengenai OPPO A60 di laman web rasmi OPPO di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured