More

    OPPO A60 dilancar: Skrin 90Hz, Snapdragon 680, cas pantas 45W bermula ~RM1,040

    OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas permulaannya yang terbaru di Vietnam iaitu OPPO A60. Telefon ini mempunyai reka bentuk yang agak menarik di bahagian belakang, di mana ia mempunyai corak yang menyerupai riak di atas permukaan air.

    Telefon ini mempunyai skrin LCD berukuran 6.67 inci dengan resolusi HD+ (720×1604), kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 950 nits dan kadar bacaan sentuh 240Hz. Di bahagian bawah, ia mempunyai bicu audio 3.5mm dan port USB-C.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 680, RAM 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W SuperVOOC. Sistem operasinya adalah Android 14 dengan sistem antara muka ColorOS 14.0.1.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera tambahan 2MP dan kamera swafoto 8MP.

    OPPO A60 akan dijual di Vietnam pada harga bermula VND5,490,000 (~RM1,040) untuk varian 8GB+128GB. OPPO Malaysia sudah mengesahkan bahawa telefon ini akan dilancar untuk pasaran tempatan, namun harganya masih belum diketahui.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO Vietnam

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured