More

    OPPO A72 5G dilancar: Cipset Dimensity 720, skrin 90Hz, RAM 8GB berharga ~RM1,155

    OPPO hari ini telah melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan baru, OPPO A72 5G. Varian ini bukan sahaja boleh menyokong rangkaian 5G, malah mempunyai beberapa naik taraf spesifikasi berbanding OPPO A72 yang pertama.

    OPPO A72 5G merupakan antara telefon terawal yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 720, berlainan dengan OPPO A72 4G yang dilengkapi cipset Snapdragon 665. Selain itu, walaupun kedua-dua varian dilengkapi skrin LCD Full HD+ berukuran 6.5 inci, A72 5G hadir dengan skrin 90Hz iaitu lebih pantas daripada skrin 60Hz dalam A72 4G.

    Walau bagaimanapun, terdapat penurunan daripada segi kamera dan bateri. A72 5G mempunyai kamera utama 16MP manakala A72 4G pula mempunyai kamera utama 48MP. Kedua-dua telefon mempunyai tiga lagi kamera yang mempunyai fungsi sama. Untuk kamera swafoto pula, A72 5G mempunyai kamera 8MP manakala A72 4G mempunyai kamera 16MP.

    Selain itu, bateri A72 5G mempunyai kapasiti 4,040mAh, rendah sedikit berbanding bateri 5,000mAh dalam A72 4G. Ia boleh dicas menggunakan pengecasan 18W. Daripada segi memori, ia mempunyai RAM 8GB dan storan 128GB.

    Ia dijual di pasaran China pada harga CNY1,899 (~RM1,155) namun masih tiada maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSM Arena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured