More

    OPPO A74 5G dilancar di Malaysia : Kamera 48MP, SD 480 5G, harga istimewa RM999

    Pada awal bulan ini, OPPO teleh melancarkan siri OPPO A74 di beberapa negara Asia Tenggara termasuklah Vietnam, Kemboja dan Thailand. Ia hadir dengan dua model berbeza iaitu OPPO A74 versi 4G dan versi 5G. Terbaru, OPPO A74 5G telah dilancarkan di Malaysia secara dalam talian. Mengikut OPPO Malaysia, OPPO A74 5G akan mula dijual bermula 5 hingga 7 Mei ini sempena hari istimewa Super Brand Day di Shopee.

    Dalam jangka masa jualan ini, OPPO A74 5G akan dijual pada tanda harga RM999 sahaja (harga asal RM1099). Yang menarik, OPPO akan memberikan hadiah tambahan berharga RM278 kepada 1000 pembeli OPPO A74 5G yang pertama. Selain itu, anda juga boleh mula membeli fon telinga baru OPPO Enco Buds yang berharga RM159.

    Sewaktu Super Brand Day, terdapat juga beberapa promosi seperti rebat Shopee Pay jika anda membeli telefon OPPO, penjimatan peranti OPPO sehingga 50% dan peluang untuk menang hadiah sehingga RM550,000.

    OPPO A74 5G menggunakan cipset Snapdragon 480 5G bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Ia dilengkapi skrin 6.43 inci LCD yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Selain itu, ia juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Untuk kamera, ia hadir dengan kamera utama 48MP, kamera makro 2MP, kamera ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian hadapan, ia menggunakan kamera swafoto 16MP.

    Adakah anda berminat dengan OPPO A74 5G ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured