More

    OPPO A77 4G dilancar: MediaTek Helio G35, skrin 6.56″ dan bateri 5,00mAh berharga ~RM872

    Selepas melancarkan OPPO A77 5G, jenama itu meneruskan untuk mempersembahkan satu lagi varian 4G hari ini dengan cipset berbeza iaitu OPPO A77 4G. Bukan sahaja cipset, tetapi ia juga mempunyai beberapa kemas kini perkakasan.

    OPPO A77 4G membawakan paparan 6.56 inci dengan resolusi HD+, kadar penyegaran 60Hz, nisbah skrin ke badan 89.8% dan resolusi 1610×720. Ia dilengkapi MediaTek Helio G35, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh dikembangkan. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan SuperVOOC 33W.

    Walau bagaimanapun, ia mempunyai sedikit peningkatan di bahagian kamera belakang. Persediaan dua kamera kini menampilkan sensor utama 50MP dan makro 2MP manakala varian 5G hanya menggunakan sensor 48MP. Selain itu, potongan takuk titisan air di hadapan menempatkan kamera swafoto 8MP.

    Ciri lain termasuk pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, Bluetooth 5.0, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12. OPPO A77 4G akan tersedia dalam dua warna iaitu Sunset Orange dan Sky Blue dengan harga INR 15,499 (~RM872).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...