More

    OPPO A77s dilancar di Malaysia: SD 680, paparan LCD 6.56″ dan kamera 50MP berharga RM999

    OPPO mengumumkan bahawa OPPO A77s kini boleh didapati di Malaysia membawa banyak persamaan dengan yang asal kecuali cipset dan sistem kameranya.

    Telefon ini memaparkan paparan LCD IPS rata 6.56 inci dengan resolusi 720 x 1612 piksel dan kadar penyegaran semula 90 Hz. Ia dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi, sokongan dwi SIM, pembesar suara stereo dan bicu fon kepala 3.5mm. Ia menggunakan perkakasan sarung plastik yang mempunyak kalis air IPX4 dan kalis habuk IP5X.

    Selain itu, OPPO A77s dilengkapi dengan cipset Snapdragon 680 dengan GPU Adreno 610 membawa RAM 8GB dan storan UFS 2.2 128GB yang boleh dikembangkan melalui slot kad mikroSD. Telefon ini menggunakan pengendalian ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12, ciri pengembangan RAM 5GB, sambungan NFC, Wi-Fi dan Bluetooth 5.0.

    Ia menampilkan bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C. Menurut OPPO, peranti itu boleh dicas sepenuhnya dalam masa sejam lebih. 

    A77s mempunyai sensor utama yang lebih besar sedikit daripada barisannya. Ia membaw susunan dwi-kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor kedalaman. Di bahagian hadapannya membawa takuk menempatkan kamera swafoto 8MP.

    Di bawah merupakan spesifikasi ringkas OPPO A77s:

    • Cipset Snapdragon 670
    • Paparan LCD IPS 6.56 inci
    • Resolusi 720 x 1612 piksel dan kadar penyegaran semula 90Hz
    • RAM 8GB dan storan UFS 2.2 128GB, pengembangan RAM dan slot kad mikroSD
    • ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12
    • Sokongan dwi SIM
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Pembesar suara stereo
    • Kalis air IPX4 dan kalis habuk IP5X
    • Bicu fon kepala 3.5mm
    • Bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W 
    • Sambungan: USB-C, NFC, Bluetooth 5.0

    OPPO A77s  mempunyai pilihan warna Sky Blue dan Starry Black boleh didapati di kedai dalam talian Lazada dan Shopee pada harga RM999. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi OPPO.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured