More

    OPPO A79 5G dilancar: Skrin 90Hz FHD+, cas pantas 33W, cipset Dimensity 6020 bermula ~RM1,150

    OPPO telah melancarkan telefon pintar mampu milik yang terbaru di India iaitu OPPO A79 5G. Seperti kebanyakan telefon mampu milik pada tahun ini, ia boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G dan dilengkapi spesifikasi yang mencukupi untuk kegunaan harian.

    Telefon ini menampilkan skrin LCD berukuran 6.72 inci dengan resolusi FullHD+, kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 680 nits dan dibuat dengan perlindungan kaca Panda Glass. Spesifikasi skrin ini agak bagus untuk sebuah telefon mampu milik.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 6020, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP di belakang, dan kamera swafoto 8MP di hadapan.

    Ciri-ciri lain termasuklah pengimbas cap jari di bahagian sisi, rating kalis air IP54, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dan ruang kad memori microSD. Telefon ini ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam Mystery Black dan hijau Glowing Green.

    OPPO A79 5G akan dijual di India pada harga INR19,999 ~(RM1,150) untuk varian memori 8GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Setakat ini, telefon OPPO A terbaru untuk pasaran Malaysia adalah OPPO A18 yang dijual pada harga RM499.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO India

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...