More

    OPPO A79 5G rasmi di Malaysia: Kamera utama 50MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W berharga RM1,199

    Bertepatan dengan Double 11 (11.11), OPPO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran telefon OPPO A79 5G baharu yang tersedia dalam dua warna iaitu Dazzling Purple dan Mystery Black. Ia menampilkan reka bentuk “Glowing Feather” yang eksklusif dan berharga RM1,199.

    Daripada segi spesifikasi, OPPO A79 5G menjalankan sistem ColorOS 13.1 berasaskan Android 13, RAM 8GB + 8GB RAM maya dan ruang storan 256GB dan juga boleh mengembangkan kapasiti storan melalui kad mikroSD sehingga 1TB.

    OPPO A79 5G menggunakan skrin FHD+ 6.72 inci, menyokong resolusi 1080 × 2400, gamut warna 100% DCI-P3 dan kecerahan puncak 680 nits. Ia juga mempunyai gabungan dwi-kamera belakang termasuk kamera utama 50MP (Samsung ISOCELL JN1 50MP), kamera kedalaman 2MP (Omnivision OV02B1B) dan kamera swafoto 8MP.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh terbina dalam dan menyokong pengecasan pantas berwayar 33W. Spesifikasi lain OPPO A79 5G termasuk menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian sisi, sambungan 5G, penarafan kalis air dan habuk IP54, antara muka USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Telefon ini juga dilengkapi dengan dwi pembesar suara stereo dan mempunyai mod Ultra Kelantangan yang menyediakan “lebih 100% tahap kelantangan, sehingga 300% untuk pembesar suara dan 200% untuk panggilan pada alat dengar.”

    Sempena pelancaran PPO A79 5G, OPPO Malaysia mengumumkan bahawa ia akan mengadakan peraduan “Join & Win” di halaman Facebook rasminya dari 10 hingga 15 November di mana pengguna akan berpeluang memenangi OPPO A79 5G.

    Inilah cara untuk mengambil bahagian:

    1. Lawati siaran acara di halaman Facebook rasmi OPPO Malaysia semasa acara dari 10 hingga 15 November 2023 .
    2. Teka jawapan yang betul untuk semua siaran aktiviti yang berkaitan.
    3. Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen menggunakan hashtag #OPPOA79_5G #AvolusiKualitiUntukSemua 

    OPPO Malaysia akan memilih pemenang sebelum 24 November 2023 dan mengumumkannya di ruangan komen siaran acara. Peserta yang layak mesti memastikan halaman Facebook peribadi mereka ditetapkan kepada umum. Butiran acara boleh didapati di sini.

    "
    "

    Spesifikasi lengkap OPPO A79 5G:

    • MediaTek Dimensity 6020 5G
    • Skrin FHD+ 6.72″, segar semula 90Hz, kecerahan puncak 680 nits, warna Gamut 100% DCI-P3
    • RAM 8GB + ROM 256GB
    • Kamera utama AI 50MP, 1/2.76″ + kamera portret 2MP, 1/5″, 1.75um
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 33W
    • ColorOS 13 berdasarkan Android 13
    • Pengimbas cap jari pada bahagian sisi, pengimbas muka dan NFC
    • Warna pilihan: Dazzling Purple, Mystery Black

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...