More

    OPPO A93 dilancar: MediaTek Helio P95, AMOLED, 6 kamera berharga ~RM1,341

    Semalam, OPPO Vietnam telah melancarkan dahulu OPPO A93 di pasaran Vietnam. Dengan tawaran harga VND 7,490,000 (~RM1,341), peranti ini menawarkan beberapa spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED 6.3 inci dan 6 kamera AI.

    Untuk pengetahuan anda, 6 kamera AI ialah jumlah yang terdiri daripada 4 kamera belakang (48MP + 8MP lebar + 2MP sensor Mono + 2MP sensor Mono), manakala dua kamera hadapan (16MP + 2MP sensor kedalaman). Anda boleh menyemak spesifikasi asas seperti di bawah atau di pautan ini.

    • Cipset MediaTek Helio P95
    • RAM 8GB + storan 128GB
    • Paparan 6.43 inci AMOLED beresolusi 2400 x 1080 piksel
    • Kamera utama 48MP + 8MP lebar + 2MP Mono + 2MP Mono
    • Kamera swafoto 16MP + 2MP kedalaman
    • Sokongan video sehingga 4K (30fps) 1080P
    • Bateri 4000mAh
    • Cas pantas 18W
    • Dioperasikan ColorOS 7.2, Android 10

    Untuk pengetahuan anda, OPPO A93 juga akan hadir di Malaysia pada 6 Oktober ini. Anda boleh menantikan harga rasminya di pasaran Malaysia pada hari pelancarannya.

    Apakah pandangan anda mengenai OPPO A93? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO Vietnam melalui GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured