More

    OPPO A94 bakal hadir dengan pengecasan pantas 30W, masuki pasaran tidak lama lagi

    Baru-baru ini, OPPO CPH2203 telah disahkan sebagai OPPO A94 oleh pensijilan IMDA di Singapura. Terbaru, peranti ini pula melepasi pensijilan NBTC di India dan CQC di China.

    Penyenaraian NBTC menunjukkan bahawa OPPO A94 ini menyokong penambungan LTE manakala penyenaraian di CQC mengesahkan peranti ini bakal menyokong pengecasan pantas 30W.

    Dalam berita lain, sebuah lagi peranti OPPO dengan model CPH2205 juga telah dikesan di FCC dan di penanda aras Geekbench. Model OPPO ini dilihat hadir dengan cipset Helio P95, RAM 6GB serta perisian Android 11.

    Selain dari itu, telefon CPH2205 dikhabarkan akan hadir dengan skrin LCD 6.2 inci, sensor cap jari sisi, kamera utama 48MP, bateri 4,310 mAh serta ColorOS 11.1.

    Telefon CPH2205 ini mungkin adalah varian negara berbeza untuk OPPO A94 (CPH2203).

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti OPPO A94 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured