More

    OPPO A95 miliki ciri pengembangan RAM dan cara membukanya

    Bagi mereka yang memerlukan lebih RAM dan storan, OPPO mempunyai ciri pengembangan RAM dalam OPPO A95 yand dapat membantu anda. OPPO A95 menampilkan konfigurasi RAM 8GB dan ROM 128GB dengan teknologi pengembangan RAM membolehkan pengguna menukar storan ROM yang tidak digunakan kepada RAM untuk prestasi yang lebih baik.

    Ini dapat mengelakkan penurunan kadar bingkai akibat pelbagai tugas berat untuk tempoh yang lama. Selain itu, ciri ini juga boleh mengurangkan pemecahan memori telefon kerana peningkatan bilangan aplikasi yang berjalan di latar belakang dan menjimatkan masa pembacaan data ketika membuka aplikasi. Pengguna boleh menikmati prestasi yang dipertingkatkan untuk permainan intensif RAM atau aplikasi penyunting foto dan video sengan lancar ketika membuka aplikasi mudah alih lain secara serentak.

    Pengguna akan diberi pilihan untuk melaraskan ruang pengembangan kepada 2GB, 3GB dan sehingga 5GB. Setelah didayakan, ruang ROM yang dipilih akan ditukar kepada RAM maya apabila telefon pintar dimulakan semula. Lihat langkah mudah ini di bawah untuk membuka kunci ciri sepenuhnya:

    Langkah 1: Kemas kini perisian telefon pintar kepada versi terkini

    Langkah 2: Buka ‘Settings’ kemudian ke ‘About phone’, klik pada RAM, masukkan ‘RAM expansion‘.

    Langkah 3: Pilih saiz pengembangan seperti yang diperlukan dan mulakan semula telefon

    Langkah 4: Buka ‘Multitasking interface’ dan anda akan dapati RAM yang dikembangkan telah digunakan seperti yang ditunjukkan dalam butang ‘Tutup Semua’

    Langkah 5: Jika tidak, buka ‘About phone’ untuk mencari RAM yang dikembangkan yang digunakan di bawah bahagian RAM: RAM Expansion Technology Availability

    "
    "

    OPPO memberikan ganjaran menarik bernilai sehingga RM258 bersama OPPO A95 untuk tempoh masa terhad. Pelanggan OPPO A95 layak mendapat Enco Buds bernilai RM159 dengan hanya menambah RM1, manakala Ahli My OPPO akan dapat menebus sarung telefon peribadi terhad bernilai RM99 dan sebagainya. 

    Miliki OPPO A95 dengan pilihan warna Glowing Rainbow Silver dan Glowing Starry Black pada harga RM1,099. Lawati laman web rasmi OPPO untuk butiran lanjut mengenai promosi ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured