More

    OPPO akan hasilkan telefon pintar dengan kamera swafoto bergerak?

    Baru-baru ini, OPPO telah mendaftarkan paten baru dengan Pertubuhan Hak Intelek Sedunia (WIPO) untuk sebuah telefon pintar yang mempunyai kamera swafoto unik di mana ia boleh bergerak ke kiri atau kanan skrin.

    Dalam sebuah imej janaan komputer yang dikongsi oleh Let’s Go Digital, kamera swafoto dalam paten tersebut berada dalam landasan mendatar di atas skrin yang boleh digerakkan ke kiri atau kanan menggunakan motor. Dengan mengubah kedudukan kamera, pengguna dijangka boleh mengambil swafoto daripada lebih banyak sudut menarik.

    Selain itu, kamera ini juga dijangka boleh mengambil gambar swafoto panorama daripada gerakan kamera tersebut. Apabila ia berada di bahagian tepi pula, ia dilapor mampu mengambil gambar bahagian sisi muka walaupun sewaktu pengguna memandang ke hadapan.

    Kehadiran kamera swafoto ini juga bermakna telefon ini akan mempunyai takuk (notch) yang agak tebal di atas skrin untuk menempatkannya. Perlu diingati bahawa pendaftaran paten tidak bermakna OPPO akan menghasilkannya dan ia mungkin sekadar idea yang ingin diterokai oleh syarikat tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Let’s Go Digital

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured