OPPO bakal melancarkan sistem operasi yang terbaharu untuk telefon pintarnya, ColorOS 13, pada hari Khamis, 18 Ogos 2022 jam 7:00 malam waktu Malaysia. Ia bakal menjadi sistem operasi OEM pertama yang dibina berdasarkan Android 13.
Telefon-telefon pertama yang bakal menerima kemas kini ini ialah telefon pintar andalan OPPO Find X5 Pro dan telefon lipat OPPO Find N, termasuklah untuk versi beta awal.

OPPO mengatakan ColorOS 13 bakal mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk telefon dengan skrin besar, penggunaan beberapa peranti serentak, produktiviti yang lebih cekap, rekaan baharu serta pengubahsuaian yang serupa dengan Google Material You.
Pelancaran ColorOS 13 akan disiarkan secara langsung di YouTube dan Twitter. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web OPPO.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan sistem operasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







