More

    OPPO akan perkenalkan teknologi dan produk baharu di MWC Barcelona 2022

    Hari ini, OPPO mengumumkan penyertaannya di Mobile World Congress (MWC) 2022 di Barcelona dari 28 Februari hingga 3 Mac dengan tema “Shape the Future”. OPPO akan mempamerkan produk ketersambungan baharunya, teknologi mudah alih yang memecahkan rekod, pencapaian R&D dalam augmented reality (AR) dan 5G serta beberapa produk andalan.

    Pada tahun 2021, OPPO memegang kedudukan ke-4 di seluruh dunia dengan pertumbuhan YoY sebanyak 22% dan perkembangan maju dalam pasaran baharu di Eropah Barat dan Amerika Latin. Pelancaran telefon mudah alih 5G komersial pertama di Eropah pada 2019, OPPO mengambil kesempatan ini dengan melancarkan telefon mudah alih pertama untuk menyokong rangkaian 5G SA (standalone) komersial di Eropah pada tahun lepas.

    OPPO akan menyediakan lima pameran utama di gerainya iaitu “Jenama”, “Flagship”, “Teknologi Telefon Pintar”, “5G” dan “Ekosistem AR”. Syarikat tersebut juga akan mewujudkan taman permainan maya untuk peminat teknologi di seluruh dunia bagi pengguna yang tidak dapat menyertai secara peribadi melalui peranti pintar mereka pada bila-bila masa.

    Pada tahun 2021, mereka telah mula mempromosikan pengurangan plastik dan pembungkusan ringan di pasaran Eropah dengan mengurangkan plastik sehingga 95% untuk bahan pembungkusan telefon mudah alihnya. Semasa MWC, OPPO akan berkongsi usahanya dalam menjaga kemampanan alam sekitar.

    OPPO akan menganjurkan pembentangan ucaptama pada waktu Eropah Tengah pada 3 petang, 28 Februari. Anda boleh menonton melalui strim langsung di saluran YouTube rasmi OPPO.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...