More

    OPPO anjurkan pertandingan Reno Festive Virtual Marathon 2020 dengan hadiah berjumlah RM42,000

    OPPO Malaysia akan anjurkan sebuah acara larian maya OPPO Reno Festive Virtual Marathon bermula 13 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. Peserta yang berminat perlu berdaftar sebelum 12 Disember dan berlari sebanyak mungkin sepanjang tempoh pertandingan untuk peluang memenangi hadiah menarik seperti telefon pintar OPPO Reno4 Pro dan wang tunai.

    Peserta boleh berdaftar di bawah Basic Package (percuma), Early Bird Package (RM49) atau Normal Package (RM59). Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan elektronik (e-certificate) manakala peserta Early Bird Package dan Normal Package akan menerima baju-T, medal maya AR dan baucar OPPO.

    Bagi menggalakkan persaingan sihat, OPPO akan memaparkan carta peserta yang mendahului larian (leaderboard) dan carta tersebut akan dikemas kini sepanjang pertandingan. Terdapat juga sebuah kategori khas untuk larian 100 kilometer, di mana 30 peserta pertama yang berjaya mencatatkan 100km akan menangi jam tangan OPPO Watch 41mm.

    Terdapat juga acara sampingan Snap & Win Contest, di mana peserta boleh mengambil gambar mereka sewaktu berlari dengan lapisan warna OPPO Reno Filter dan memuat naik gambar tersebut ke Instagram. Acara ini mempunyai hadiahnya sendiri, iaitu telefon OPPO Reno 4 dan jam tangan OPPO Watch.

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk pendaftaran dan maklumat lanjut tentang acara ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured